Mayat ditemui di sawah padi, dipercayai dibunuh dengan senjata tajam

Besut-Seorang penjaga tempat letak kereta persendirian di Kuala Besut dijumpai mati dengan sebelah kaki hampir terputus, dipercayai dibunuh di kawasan sawah padi dekat Kampung Gong Manok, Kuala Besut, petang kelmarin.

Mangsa dikenali sebagai Faiza Jaafar, 27, beralamat di Kampung Beris Lampu yang terletak beberapa kilometer dari tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, mayat mangsa ditemui oleh bapa saudaranya kira-kira jam 2.40 petang di kawasan sawah yang agak terpencil dalam keadaan duduk terlentang dan berlumuran.

Menurutnya, pihak yang bergegas ke tempat kejadian selepas dilaporkan waris mangsa mendapat terdapat kesan tetakan dipercayai dengan senjata tajam.

“Terdapat tetakan di bahagian lutut yang hampir putus, betis kiri dan bahagian pinggang belakang,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis di sini semalam.

Kamaruddin berkata lagi, mangsa dipercayai dibunuh oleh lebih daripada seorang suspek di kawasan tersebut antara pukul 5 petang hingga 9 malam sehari sebelum mayatnya ditemui.

"Pada petang Rabu ada orang awam melihat mangsa yang menunggang sebuah motosikal dikejar oleh lelaki lain. Selepas bapa saudara mangsa mengetahui kejadian mangsa dikejari individu tidak dikenali itu dan mangsa tidak pulang ke rumah pada berkenaan, bapa saudaranya telah keluar mencari mangsa namun menemui motosikal mangsa terlebih dahulu sebelum menemui mayat mangsa keesokannya,” katanya.

Katanya, motif sebenar kejadian masih dalam siasatan tetapi polis tidak menolak ia ada kaitan dengan masalah dadah.

Beliau turut merayu mana-mana pihak yang mempunyai maklumat tentang kejadian agar menghubungi beliau sendiri atau Ketua Siasatan Jenayah Daerah, ASP Kamsani Hassan untuk membantu siasatan.


Arwah keberatan lepaskan ibu ke Kuala Lumpur

Sementara itu, Ibu saudaranya, Normala Sulaiman berkata,  tiga hari sebelum dia ditemui mati, timbul perselisihan faham antara arwah dan ibunya Rohani Sulaiman, 48, kerana dia keberatan melepaskan ibunya pergi ke Kuala Lumpura bersama bapa tirinya selama seminggu untuk membantu rakannya dengan mengambil upah memasak.

“Sebelum ibunya pergi, Faiza memberitahu kepada ibunya jika ibunya pergi juga apabila ibunya pulang nanti dia tidak akan bertemu dengannya sampai bila-bila lagi. Rupa-rupanya apa yang diperkatakan beliau menjadi kenyataan,” kata Normala ketika ditemui di pekarangan Bilik Mayat Hospital Besut malam kelmarin.

Normala berkata, petang sebelum kejadian, arwah meminjam motosikal rakan dan tidak memberitahu ke mana dia hendak pergi dan kira-kira jam 5 petang,  ada saudaranya memberitahu melihat Faiza dikejar oleh orang yang tidak dikenali di kawasan Tok Saboh, Kuala Besut.

Katanya, saudaranya itu menyangka Faiza dikejar polis tetapi pada petang sama bapa saudara Faiza, Anuar Sulaiman, 44, mula mengesyaki sesuatu kejadian buruk berlaku kerana Faiza tidak pulang pada malam tersebut.

Pada malam tersebut, Anuar menjumpai motosikal yang dinaiki Faiza dan selipar yang dipakainya di kawasan sawah terpencil namun tidak menemuinya.

“Tidak berpuas hati dengan kegagalan menemui Faiza pada malam itu menyebabkan Anuar pergi sekali lagi kira-kira pukul 2.45 petang kelmarin dan menemui mayat Faiza di seberang parit kira-kira 20 meter dari tempat motosikal ditemui.

“Mayatnya ditemui dalam keadaan duduk tertentang dengan bahagian badan tidak rapat ke tanah manakala kedua-dua belah tangan dalam kedudukan  seperti bertongkat ke belakang. Darah banyak di kawasan sawah tempat mayatnya ditemui akibat kecederaan yang dialaminya,” katanya.

Normala berkata, jenazah Faiza dituntut ahli keluarga petang semalam dari Bilik Mayat Hospital Besut dan dibawa pulang untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Kuala Besut.

Mayat ditemui di sawah padi, dipercayai dibunuh dengan senjata tajam
Polis membantu mengusung mayat Faiza dari sawah padi tempat dia ditemui mati

Mayat ditemui di sawah padi, dipercayai dibunuh dengan senjata tajam
Polis dan penduduk kampung membantu mengusung mayat Faiza dari sawah padi tempat dia ditemui mati

Thank you because read my annoying entry :')

No comments:

Post a Comment